Bola Sepak

Hodak dedah sudah ‘dapat’ trofi juara sebelum perlawanan


Hodak bersama trofi kejuaraan Piala Malaysia 2021.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

KETUA jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City FC) Bojan Hodak mendedahkan dia sudah jangka akan menang aksi akhir Piala Malaysia tahun ini.

Selepas disahkan kemenangan 2-0 ke atas kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sekaligus merangkul trofi ‘keramat’ ini, Hodak memberitahu mengenai keyakinannya terhadap pemain-pemain untuk bergelar juara malam ini.

Dan manisnya, ia menjadi kenyataan.

“Sebelum ini tidak ada siapa yang percaya kami akan bergelar juara. Saya sudah beritahu CEO (Ketua Pegawai Eksekutif, Stanley Bernard) bahawa kami akan menang.

“Pemain-pemain memang layak untuk menang,” ujarnya kepada media.

Pada aksi tersebut, JDT dilihat lebih mendominasi permainan, namun ternyata percaturan Hodak dari segi taktikal lebih berkesan.

Malah, pemain-pemainnya juga begitu berdisiplin dalam menjalankan tugas masing-masing.

Kali terakhir pasukan Kuala Lumpur menjulang trofi berprestij ini secara hatrik pada tahun 1987,1988 dan 1989.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: