Bola Sepak

Nama Mendoza trending selepas final, “Dah la ‘handsome’…”


Mendoza makin menjadi sebutan selepas final Piala Malaysia 2021. Foto: IG Mendoza

TIBA di Kuala Lumpur sebelum Liga Malaysia tahun ini bermula, Kevin Mendoza tidak mengambil masa lama untuk menjadi sebutan peminat-peminat bola sepak tempatan.

Pemain kacukan Denmark-Filipina yang berusia 27 tahun ini merupakan bekas penjaga gol kelab Vendesyssel FF (Denmark) dan kini dia sudah mengumpul pengikut tersendiri di Malaysia, lebih-lebih lagi selepas aksi final Piala Malaysia 2021 pada Selasa.

Pencarian nama Kevin Mendoza trending di laman Twitter selepas final Piala Malaysia 2021.

Selain aksi cemerlangnya menjaga gawang 12 rekod bersih sepanjang kempen Piala Malaysia berlangsung, Mendoza juga turut menjadi perhatian oleh ‘peminat-peminat nakal’ di kalangan wanita dek kerana dikatakan berwajah kacak.

Sepanjang aksi final berlangsung, nama Mendoza antara yang kerap disebut oleh pengulas sukan kerana berjaya menepis serangan berbahaya daripada pemain-pemain JDT malah namanya disebut-sebut sebagai ‘Man of The Match’, namun rakan sepasukannya Zhafri Yahya lebih dianggap cemerlang  terpilih untuk trofi pemain terbaik itu.

Kemenangan 2-0 ke atas JDT menjadi kemuncak nama Mendoza di bibir peminat bola sepak wanita.

“Tahniah KL City… elok Mendoza! Laju follower naik,” tulis salah satu ciapan di laman Twitter.

Malah namanya juga trending di laman Twitter dan difahamkan jumlah pengikut Mendoza di Instagram juga terus meningkat selepas aksi bersejarah kelabnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d