Bola Sepak

‘Hadiah’ cuti Jumaat ini sempena KL City bergelar juara


KL City FC merai kejayaan bergelar juara dengan menewaskan JDT 2-0.

BERITA gembira bagi seluruh penyokong Kuala Lumpur City FC apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumkan Jumaat sebagai Cuti Khas Peristiwa sempena kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) menjuarai Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta’azim (JDT) pada Selasa malam.

Menurut kenyataan, kemenangan semalam adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia, kali terakhir pada tahun 1989.

Shahidan turut berada di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan KL City FC bergelar juara. Foto: FB Shahidan Kassim

“Jesteru adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat (3 Disember) diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC.

“Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi Wilayah Persekutuan,” ujar Shahidan dalam satu kenyataan media.

Pada aksi final tersebut KL City berjaya merakam dua gol menerusi Zhafri Yahya dan Paulo Josue, manakala JDT gagal meledak sebarang jaringan.


Add Comment

Click here to post a comment