Bola Sepak

Zhafri sedia robek benteng JDT


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PEMAIN sayap Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya sudah menganalisis kelemahan benteng pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi memudahkannya untuk mengegarkan gawang lawan pada aksi final Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Bakal melakukan penampilan pertama di pentas akhir, anak jati kelahiran Meru, Selangor ini pada asalnya bermain diposisi tengah namun perancangan pengendali KL City FC , Bojan Hodak yang meletakkannya diposisi sayap kanan menggantikan Hadin Azman yang mengalami kecederaan nyata memberikan impak buat pasukan.

Pemain yang dilahirkan pada 25 September 1994 ini ternyata terus dengan aksi pertamanya dipentas final yang sememangnya dinantikan semua pemain bola sepak.

Zhafri (kanan) mahu memastikan penampilan pertama dipentas final memberikan keputusan positif buat dirinya dan pasukan.

“Satu sejarah buat saya dan juga pasukan selepas 32 tahun tidak beraksi dipentas final, secara jujurnya saya tidak sabar turun ke padang malam esok.

“Berhadapan pasukan yang baik (JDT), saya telah membuat analisis kekuatan dan kelemahan pasukan terutamanya dibenteng pertahanan yang bakal dikemudi beberapa pemain import.

“Saya perlu merobek benteng pasukan lawan untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan mahupun menjaringkan gol, bagi saya siapa yang menjaringkan gol bukan keutamaan tetapi kemenangan buat pasukan menjadi matlamat kami malam esok,” katanya ditemui CAKAPSUKAN, pada sesi Latihan di Stadium KLFA, Cheras.

Pada masa sama, Zhafri turut percaya dan yakin beraksi dipentas final tekanan emosi dan fizikal pastinya dirasai semua pemain lantas kesabaran dan fokus menjadi tunjang utamanya.

“Tiada tekanan bagi kami memandangkan JDT yang merupakan juara bertahan, kami akan bermain dengan tumpuan penuh sepanjang masa perlawanan dalam padang,” tegasnya.

Zhafri merupakan produk Piala Presiden Selangor dibawa oleh bekas jurulatih, Ismail Zakaria pada musim 2016 ketika Kuala Lumpur di saingan Liga Premier sebelum skuad warga kota itu muncul juara pada 2017.

Bersama pasukan sejak musim 2016 merupakan pemain paling lama yang masih kekal selepas berhijrah dari Selangor dan sering kali berada dalam kesebelasan utama selaku pemain tengah.

Pemain berusia 27 tahun  ini pernah membantu Kuala Lumpur muncul juara Liga Premier 2017 selain beraksi dua musim di Liga Super, pada musim 2018 serta 2019.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: