Bola Sepak

Kelas dunia! TMJ bakal berceramah dengan tiga legenda Man United


Tunku Ismail Sultan Ibrahim

PEMILIK Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal menjadi penceramah undangan dalam perbincangan meja bulat secara digital bersama-sama Ryan Giggs, Gary Neville dan Nicky Butt pada 2 Disember ini.

Perbincangan tersebut bertajuk ‘World Class Training with Man Utd Legends’, panelis akan membincangkan perihal latihan dan teknologi di Asia.

Menurut perkongsian di Instagram officialjohor Tunku Ismail dijemput untuk berkongsi tentang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, fasiliti kelas dunia kelab ini dan juga Akademi JDT.

“Sesi ini juga bertujuan untuk menunjukkan kepada para pemain, jurulatih, pelatih dan ibu bapa tentang apa yang diperlukan untuk berada pada peringkat elit.”

Program dua hari anjuran ZujuGP, sebuah laman penstriman dalam talian untuk menghubungkan individu-individu dalam bola sepak kepada peminat seluruh dunia ini juga bakal menyaksikan legenda-legenda bola sepak berbincang mengenai perkara berkaitan dengan Manchester United pada hari pembukaan (1 Disember).

Semua sesi akan ditayangkan secara langsung menerusi laman Facebook ZujuGP.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: