PENGENDALI Kuala Lumpur City FC Bojan Hodak menyifatkan status sebagai pasukan ‘underdog’ akan memberi kelebihan buat mereka untuk beraksi lebih tenang seterusnya mudah untuk fokus pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 menentang penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Tegasnya, mereka hanyalah pasukan berstatus ‘underdog’ namun kita lihat nanti bagaimana perlawanan berlangsung apabila gagal menjaringkan gol awal mungkin akan mula tekanan.
“Sembilan perlawanan dalam tempoh sebulan..sudah tentu mereka lebih tekanan kerana mempunyai dua skuad dan lebih ramai pemain asing. Mungkin satu perkara kelakar akan berlaku.
“Saya melihat rata-rata penyokong bola sepak lebih memilih Kuala Lumpur sekali gus sudah pastinya mahu berikan terbaik kepada mereka,” katanya.

Selain itu, Bojan yang juga bekas pengendali Kelantan dan JDT itu berkata, perlawanan final yang berlangsung di Lembah Kelang memberi kelebihan kepada Kuala Lumpur berdasarkan rekod pertemuan tidak pernah tewas di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras.
“Mungkin kelebihan yang ada pada Kuala Lumpur adalah tidak pernah tewas di laman sendiri dan berharap rekod cemerlang itu dibawa ke perlawanan berlangsung di sini(Stadium Nasional Bukit Jalil).
“Semua mahu bermain di pentas final dan sekarang ini adalah kemuncak kepada perlawanan itu(Piala Malaysia) sekali gus berharap perlawanan dalam keaaan baik,” katanya.
Selain itu, ketika ditanya mengenai perasan beliau apabila berhadapan dengan dengan bekas pasukan, Bojan berkata perlu bersifat profesional dan hanya menumpukan kepada perlawanan esok(hari ini).
“Situasi itu adalah pada 2014 dan 2015 saya sudah melupakannya dan tidak menyimpan apa jua perasaan pada pasukan itu(JDT),” katanya.
Tahniah pada KL CITY….