Bola Sepak

Bonus menanti The City Boys jika bergelar juara


Oleh: SUBKHI SUDARJI/ Foto: KHAIRUL AKMA

GANJARAN bonus bakal menanti pemain dan pasukan Kuala Lumpur City FC seandainya mampu bergelar juara Piala Malaysia 2021, malam esok.

Presiden KLFA, Khalid Abd Samad berkata, pemberian ini sebagai penghargaan kepada semua pemain dan pengurusan yang telah bekerja keras disepanjang kejohanan.

“Kita memang telah janjikan bonus kepada pemain jika meraih kemenangan pada Piala Malaysia yang memasuki 100 tahun musim ini.

“Pencapaian ini memang mengatasi segala harapan kita sebelum ini.

Khalid Abd Samad

“Hadiah kejayaan Piala Malaysia ini kita bagi kepada semua pemain sebagai bonus dan saya yakin penaja juga akan memberikan imbuhan diatas kemenangan menjuarai kejohanan,” katanya pada sidang media di Stadium KLFA, Cheras sebentar tadi.

KL City FC bakal membuat perhitungan di pentas akhir menentang JDT di Stadium
Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Seandainya KL City FC meraih kemenangan malam esok ia merupakan pencapaian terbaik selepas kali terakhir merangkul gelaran 1989.


1 Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

  • Semoga thn ini milik Kuala Lumpur City FC dan doa dan harapan peribadi saya agar dlm final piala Malaysia kali ini KL City FC menjadi juaranya dgn mengalahkan mafia bolasepak di malaysia is itu JDT dan penyokong2 mereka semua. Mantap KL CITY FC👍😄

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading