Bola Sepak

JDT akan lakukan apa sahaja untuk bergelar juara – Mora


Oleh : SUBKHI SUDARJI / KHAIRUL AKMA

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora melaungkan amaran akan melakukan apa saja untuk memastikan Piala Malaysia 2021 menjadi milik mereka.

Jika JDT berjaya menamatkan perlawanan dengan kejuaraan ini adalah kali ketiga mereka menjulangnya selepas meraihnya pada 2017 dan 2019 dengan kedua-duanya menewaskan Kedah.

Jelas Mora, pasukannya tidak akan memberi ruang dan peluang kepada lawan untuk mengawal permainan apabila mahu menguasai setiap inci padang sekali gus memastikan pasukan lawan pulang hampa esok.

Mora (kiri) pada sidang media pra-perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

“Pemain  berada pada tahap optimum dengan masing-masing tidak berhadapan masalah kecederaan sekali gus bersedia mempamerkan aksi terbaik di pentas final.

“Kami akan melakukan apa saja dengan menguasai keseluruhan padang kerana paling penting adalah pemain menjaringkan gol.

“We will eat grass and eat opponent (kami akan makan rumput dan juga pihak lawan,” katanya.

Pada masa sama pengendali kelahiran Mexico itu enggan melihat rekod pertemuan yang lebih memihak kepadanya.

“Walaupun rekod pertemuan memihak kepada JDT, kita tidak mahu melihat perkara itu kerana Kuala Lumpur adalah pasukan yang semakin meningkat.

“Berbeza perlawanan di peringkat suku dan separuh akhir kerana masing-masing mempunyai taktikal dan barisan pemain berlainan namun perkara penting adalah memenangi perlawanan esok,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: