
PENGARAH Kelab Bolasepak Negeri Sembilan (NSFC), Satwant Singh meletakkan jawatannya pada Isnin.
“Hari ini hari terakhir saya sebagai Pengarah NSFC , rasa ini adalah waktu yang sesuai saya perlu tinggalkan jawatan sebagai Pengarah NSFC kerana telah capai KPI YTM Tunku Presiden dan Pengurusan.
“Antaranya saya memainkan peranan penting dalam kelulusan mendapatkan Lesen Kelab untuk NSFA dan NSFC lima tahun lalu.
“Tujuan utama saya letak jawatan adalah kerana saya kena menghormati peraturan penswastaan MFL dimana PBNS mesti jalankan tanggungajwab sebagai sebuah Persatuan Bola Sepak dan jalankan segala aktiviti pembangunan, di mana mesti bertanggungjawab program akar umbi, Pembangunan pengadil, tempatan Wanita dan lain,” katanya kepada Cakap Sukan.
Dia mula memegang jawatan selaku Pengarah Hoben Jang Hoben Sdn Bhd pada 2013 sehinggalah kini di mana pada 2019 pertukaran nama kepada NSFC Sdn. Bhd telah dibuat atas nasihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke arah penswastaan pasukan.
Kehilangan Satwant pastinya sesuatu yang merugikan khususnya bola sepak Negeri Sembilan memandangkan pengalaman pentadbiran dan pengurusan yang luas hampir 20 tahun dimilikinya dengan menabur bakti bersama Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS).
Tindakan yang diambil individu yang merupakan aset utama Pembangunan dan halatuju bola sepak di Negeri Sembilan ini adalah selaras dengan peraturan yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menetapkan seorang individu tidak boleh memegang jawatan dalam pentadbiran FA mahupun FC.
Satwant yang juga memegang jawatan selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) menyifatkan perletakkan jawatan ini tepat pada masanya.
Add Comment