
PEMILIK Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu setiap orang atau individu membuat silap.
Beliau berkata demikian selepas diajukan pertanyaan oleh salah seorang pengguna Twitter (Ezzanee Yazid) mengenai tindakan Safiq Rahim yang menanduk pemain Terengganu FC Faisal Halim ketika aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat malam.
TMJ membalas pertanyaan tersebut menerusi Twitter rasminya.
Setiap orang atau individu membuat silap. Kita manusia, we’re not perfect. Safiq kesal dengan tindakan dia dan dia minta maaf kepada semua players, coaches dan staff, and that’s it. Itu sahaja. Its over, and we move on. https://t.co/3SxAk64kEj
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) November 27, 2021
“Setiap orang atau individu membuat silap. Kita manusia, we’re not perfect (kita tidak sempurna).
“Safiq kesal dengan tindakan dia dan dia minta maaf kepada semua players, coaches dan staff, and that’s it. Itu sahaja. Its over, and we move on.”
Pada aksi tersebut, pemain berpengalaman Safiq dilayangkan kad merah gara-gara menanduk kepada Faisal pada minit ke-15 permainan ketika JDT mendahului pasukan lawan 3-0.
Add Comment