Bola Sepak

“Maafkan abang Badd, Yayan” – Baddrol


Oleh: AMMAR HAZIQ

SEORANG peminat cilik Hijau Kuning menangis apabila mendapat tahu ketua pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC Baddrol Baktiar akan berhijrah ke pasukan lain pada musim hadapan.

Video kanak-kanak dikenali Yayan yang berada dalam keadaan sedih itu tular beberapa hari lalu di media sosial sekaligus turut menarik perhatian penyokong-penyokong Kedah yang lain.

Lebih menarik perhatian apabila Baddrol juga turut memberikan reaksi kepada video tersebut yang sekaligus memberikan petanda bahawa khabar angin tersebut seolah-olah bakal menjadi kenyataan.

“Maafkan abg Badd Yayan…,”. tulis Baddrol yang telah bersama gergasi bolasepak Utara tersebut sejak 16 tahun lalu.

Baddrol dilapor akan meninggalkan pasukan KDA FC selepas 16 tahun menyarung jersi keramat Hijau Kuning itu.

Reaksi Baddrol tersebut mendapat reaksi netizen-netizen lain yang menyifatkan dia antara pemain legenda pasukan bolasepak Kedah yang telah menempa pelbagai kejayaan bersama pasukan tersebut.

“Semoga maju jaya bersama pasukan baru…Legend Kedah sepanjang zaman,” tulis Shamizan Aziz.

Sebelum ini, Cakap Sukan melaporkan bekas jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah mengukuhkan lagi spekulasi pemain senior Kedah Darul Aman (KDA FC) Baddrol Bakhtiar yang telah 16 tahun bersama Hijau Kuning bakal meninggalkan pasukan tersebut musim hadapan.

Menulis di Facebooknya pada Rabu, Mohd Azraai sendiri mengakui tidak mampu mengungkap perkataaan lain selain percaya penyokong setia pasti merindui kelibat pemain tersebut selepas ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: