Bola Sepak

“Sebelum ini tiada siapa yang percayakan kami… ” – Hodak


KETUA jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City) Bojan Hodak mendedahkan sebelum musim bermula, tidak ada sesiapa yang percaya pasukannya akan mencapai sesuatu tahun ini.

Menurut pengendali berusia 50 tahun ini, hanya seorang sahaja yang yakin dengan pasukan ini iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Stanley Bernard.

“Sebelum musim bermula, tiada siapa yang percaya kami akan capai sesuatu kecuali CEO. Ia merupakan perkara yang hebat buat kelab dan pemain-pemain.

“Namun kami bekerja keras dan masih ada satu lagi perlawanan (final), ianya belum tamat,” jelasnya kepada media selepas mengesahkan tempat ke final Piala Malaysia 2021.

Jelas Hodak, pasukan agak bertuah kerana berjaya mengetepikan Melaka United FC dalam perebutan tempat ke pentas akhir menerusi penentuan penalti.

“Penalti lebih kepada tuah dan kami bertuah kali ini. Ya, ketika latihan kami ada berlatih sepakan penalti, tetapi bagi saya penalti hanyalah berkaitan dengan mental.

“Saya memutuskan lima orang pemain yang ambil penalti. Sebenarnya tujuh pemain menawarkan diri untuk mengambil penalti termasuk penjaga gol.

“Kami membuat sedikit kesilapan kerana tidak bermain dalam ‘best game’ tetapi kami cuba yang terbaik, dan penghujungnya mereka sudah kepenatan.

“Namun apa yang penting bagi saya adalah karektor untuk menang malam ini,” tambahnya.

KL City FC mara ke final selepas menang 5-3 ke atas Melaka United menerusi penentuan penalti.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di antara Melaka United dan KL City ini menyaksikan keputusan akhir hanya ditentukan dengan sepakam penalti selepas kedua-duanya terikat 1-1 sejak perlawanan sebenar berakhir dan sehingga tempoh masa tambahan.

Kemenangan ini juga menyaksikan KL City FC menamatkan rekod 32 tahun tidak bermain di pentas akhir ke final selepas 1989 dengan merangkul gelaran juara.

KL City FC bakal berdepan dengan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim.

Perlawanan akhir pada 30 November ini yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: