Bola Sepak

Ifedayo sah ke Melaka United


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PEMENANG kasut emas musim 2020 dan 2021, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi sah menyertai Melaka United FC (MUFC) mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Seri Justin Lim secara EKSKLUSIF  kepada CAKAPSUKAN, berkata bekas penyerang Selangor FC itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun.

“Ifedayo akan datang ke Melaka United musim depan, saya percaya dia mampu membawa perubahan kepada pasukan, dia pun pernah bermain dengan Melaka pada 2018.

“Persembahan dia musim ini cemerlang, penjaring terbanyak Liga Super, memang  bola sepak adalah berpasukan namun kita perlukan pemain yang memiliki kelebihan lain.

“Dia (Ifedayo) telah bersetuju untuk bersama MUFC bagi tempoh dua tahun,” katanya.

Musim 2020, Ifedayo pemain kelahiran Nigerią itu merangkul gelaran penjaring terbanyak selepas meledak 12 gol manakala musim ini adalah 26 gol mengatasi penyerang JDT, Bergson Da Silva di tangga kedua dengan 23 gol.

Selain itu, Melaka United yang terpaksa akur dengan kekalahan di pentas separuh akhir Piala Malaysia ditangan Kuala Lumpur City FC kini dilihat bakal berbelanja besar bagi memperkuatkan pasukan musim depan dengan beberapa pemain baharu bakal dibawa masuk.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: