Bola Sepak

Belum ada ‘bayang’ tawaran sambung kontrak, Nafuzi sedia berhijrah


Pemain muda Terengganu FC, Nik Akif Syahiran Nik Mat (kiri) ketika aksi separuh akhir Piala Malaysia 2021.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain bersedia membimbing pasukan lain bagi saingan musim hadapan seandainya mendapat tawaran yang bersesuaian.

Namun jelasnya, keputusan tersebut hanya akan dimuktamadkan selepas mengetahui status kontraknya bersama Terengganu yang akan tamat
30 November ini.

“Sebenarnya saya masih belum menerima sebarang berita sama ada akan terus membimbing TFC musim depan memandangkan kontrak saya akan tamat, Selasa ini.

“Saya pun masih menunggu tawaran dari TFC, jadi untuk menentukan hala tuju musim depan masih belum dapat dipastikan.

“Selagi TFC memerlukan khidmat saya, selagi itu saya akan terus membimbing pasukan dan kini menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan TFC untuk membuat keputusan,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan Jumaat malam.

Nafuzi Zain

Pada masa sama bekas penyerang Terengganu, kelahiran Kelantan ini bersedia menimbang tawaran dari pasukan lain jika TFC tidak mahu lagi menggunakan khidmatnya.

“Saya terbuka untuk berbincang dengan pasukan lain,” tegasnya.

Nafuzi yang tercalon dalam kategori Jurulatih terbaik, Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2021 dilihat antara jurulatih muda tempatan yang memiliki karisma serta halatuju positif selepas kejayaan membimbing TFC yang dibarisi ramai pemain muda.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: