Bola Sepak

“Selamat tinggal legendaku” – Mohd Azraai


Oleh: AMMAR HAZIQ

BEKAS jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah mengukuhkan lagi spekulasi pemain senior Kedah Darul Aman (KDA FC) Baddrol Bakhtiar yang telah 16 tahun bersama Hijau Kuning bakal meninggalkan pasukan tersebut musim hadapan.

Menulis di Facebooknya pada Rabu, Mohd Azraai sendiri mengakui tidak mampu mengungkap perkataaan lain selain percaya penyokong setia pasti merindui kelibat pemain tersebut selepas ini.

“Selamat tinggal legendaku, Saya tak mampu bercakap apa-apa.

“Semoga Allah menjagamu sepanjang perjalanan ini.

“Kami akan merinduimu,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang penyokong setia KDA FC yang dikenali Muhammad Hazriq Fahimy Abdullah juga memberikan petanda sama bahawa ketua pasukan tersebut bakal berhijrah ke pasukan lain.

“Terima Kasih atas Segalanya The Legendary Baddrol Bakhtiar. Terima kasih Badd untuk segalanya, jasa dan bakti tidak terhitung. Hanya Allah sahajalah yang membalasnya dan sentiasa memayungi rahmatNya untukmu legend.

Muhammad Hazriq Fahimy Abdullah turut berkongsi perasaan mengenai Baddrol yang difahamkan akan berhijrah musim depan. Foto: FB Hazriq

“Tak mampu untuk menulis panjang kali ini. Tiada kata kata mampu untuk diungkapkan kali ini. Kenangan bersama dari dulu hingga kini takkan terpadam, namun perjuangan dan kehidupan harus diteruskan.

“Telah tercatat dalam sejarah agung kehebatan bola sepak negeri Kedah Darul Aman, nama Baddrol Bakhtiar adalah legenda sejati untuk kami semua!,” tulisnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: