Bola Sepak

PJBM kecewa bakat jurulatih tempatan diketepikan


 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PRESIDEN Persatuan Bekas Jurulatih Malaysia (PBJM) B Sathianathan ternyata hampa dan kecewa apabila beberapa penolong jurulatih tempatan terpaksa mencari haluan lain selepas peluang untuk meneruskan karier bersama pasukan sedia ada terbatas ekoran kehadiran jurulatih luar negara.

Tidak menyalahkan sepenuhnya keputusan yang dibuat pengurusan kelab, namun pada masa sama dia berharap seharusnya jurulatih tempatan diutamakan dalam usaha memberi pengalaman dan cabaran.

“Melantik jurulatih itu memanglah keputusan pengurusan, saya memang hormati namun bagaimana pula mereka (jurulatih) yang mengeluarkan kewangan untuk mendapatkan lesen Pro A tetapi khidmatnya tidak disambung.

“Rugilah jika sebelum ini jurulatih tempatan terbabit diberikan pendedahan namun akhirnya tidak digunakan,” katanya kepada CAKAPSUKAN, sebentar tadi.

Pada masa sama , Sathia yang juga bekas pengendali Selangor FC turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada bekas majikannya diatas keputusan melantik Michael Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih Selangor FC bagi musim 2022.

Tegasnya, seharusnya Michael dilantik pada 2020 untuk menerajui pasukan ketika itu dan bukannya membawa masuk lagi Karsten Neitzel pada ketika itu selaku pengendali pasukan.

“Selaku Pengarah Teknikal Selangor FC sebelum ini dia adalah individu yang memainkan peranan penting dalam pasukan Selangor pada musim ini dengan membawa masuk lima pemain dari Jerman,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: