Bola Sepak

Norde mahu keputusan baik di laman sendiri


PENYERANG Melaka United FC, Sony Norde sedar dirinya sentiasa dianggap ancaman kepada Kuala Lumpur City FC melihat kepada kawalan ketat daripada tuan rumah sepanjang perlawanan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia pada Isnin lalu.

Kelincahan Norde benar-benar memberi impak kepada pasukan untuk mencipta banyak peluang bagi memburu jaringan.

Bahkan, dia juga tidak menolak pergerakannya sentiasa dikawal rapi sambil menyifatkan Kuala Lumpur tidak memberi laluan mudah kepada mereka untuk menambah gol sehingga keputusan berakhir seri 1-1.

Kelincahan Norde benar-benar memberi impak kepada pasukan untuk mencipta banyak peluang bagi memburu jaringan.

Walaubagaimanapun, pemain dari Haiti ini menganggap satu gol lawan yang diraih pasukan untuk dibawa ke Melaka masih belum cukup dan menjangkakan separuh akhir kedua pada Jumaat ini akan menjadi lebih sengit.

“Saya hanya cuba ingin membantu pasukan sebaik mungkin, tetapi Kuala Lumpur juga bermain dengan baik.

“Pada separuh masa pertama, akan ada dua pemain yang sentiasa dekat dengan saya untuk kawal pergerakan, jadi situasi agak sengit juga.

“Cuma saya rasa untuk aksi di Melaka nanti mungkin akan lebih senang untuk saya dan pemain lain bagi memastikan keputusan memihak kepada kami dan seterusnya ke final,” katanya.

Melaka United FC bakal menerima kunjungan KL City FC bagi saingan kedua separuh akhir Piala Malaysia yang sekaligus dijangka sengit selepas kedua-duanya terikat seri 1-1 pada aksi pertama.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: