Bola Sepak

Status Baddrol jadi tanda tanya, “Tunggu dia pulang selepas Piala AFF”


Kontrak Baddrol bersama KDA FC berakhir hujung tahun ini.

PASUKAN Kedah bakal memulakan latihan bagi menghadapi musim 2022 pada akhir Disember ataupun awal bulan Januari setelah KDAFC mengenal pasti dan mendapatkan khidmat peratus barisan pemain baharunya kemungkinan besar termasuk tiga pemain import barunya.

Menurut ketua eksekutif KDAFC, Khamal Idris Ali, mereka tidak mahu terburu buru mendapatkan khidmat pemain baharu tempatan serta tiga pemin import kerana Liga Super di jangka bermula pada akhir Mac ataupun awal April 2022.

“Ketika ini pertandingan Piala Malaysia belum berakhir lagi hanya selepas tamat perlawanan akhir kami akan menghubungi barisan pemain yang di kenal pasti untuk menawarkan kontrak dan terserah pada mereka sama ada mahu menerima ataupun menolaknya.

“Kami mahu memastikan hanya yang terbaik akan turut serta dengan muka muka lama dalam pasukan Kedah bagi memberi cabaran dalam erti kata sebenar pada Liga Malaysia msuim 2022 ini termasuk tiga pemain import baru.

“Sudah pasti barisan pemain baru ini perlu mendapat restu dariapada ketua jurulatih Aidil Sharin dan beliaulah yang akan menentukan sama ada pemin baru di calonkan terpilih ataupun tidak bagi menyarung jersi Hijau Kuning musim depan,” kata Khamal kepada Cakap Sukan.

Mengenai khabar angin kencang yang menyatakan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar akan bersama pasukan Sabah musim depan beliau enggan membuat sebarang komen ketika ini.

Pengurusan KDA FC enggan mengulas status Baddrol buat masa ini. Foto: KDA FC

“Memang kontrak Baddrol tamat akhir tahun ini dan saya tidak mahu menggangu dia kerana ketika ini dia bersama pasukan kebangsaan yang akan bertanding pada Piala AFF Suzuki Cup di Singapura tidak adil saya sebarang komen ketika ini.

“Biarlah kita tunggu dia pulang dari khidmatnya bersama pasukan Harimau Malaya baru kami akan berunding dengan dia untuk mendapatkan tand tangan kontrak baru bagi dia bersama kita untuk musim 2022.

“Pengorbanan Baddrol yang telah begitu lama bersama pasukan Kedah perlu di hormati walaupun ramai barisan pemain yang beraksi bersama Kedah sejak dia memulakan kariernya sebagai pemain pasukan Hijau Kuning sudahpun berhijrah bersama pasukan lain.

“Kesetiaan Baddrol demi kejayaan pasukan Kedah tidak boleh di pertikaikan ataupun di nafikan oleh peminat setia pasukan Kedah, jasa dia akan di kenangi bukan sahaja oleh peminat setia malah kesemua pegawai pasukan juga sehingga kini,” tambah Khamal.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: