Bola Sepak

“Terima kasih AFC dan tahniah Al-Hilal” – Presiden FAM


AKSI akhir Liga Juara-juara Asia AFC di antara Al-Hilal SFC dari Arab Saudi dan wakil Korea Selatan, Pohang Steelers, dianggap  sebagai iklan terbaik bola sepak Asia di peringkat kelab.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyaksikan final tersebut dan turut dihadiri Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika Al-Hilal menjuarai trofi di hadapan 50,171 penonton yang berlangsung di Stadium Antarabangsa King Fahd di Riyadh.

Beliau menyifatkan final itu sebagai kemuncak yang menepati jangkaan.

“Pendekatan AFC untuk membuka ruang kepada pucuk pimpinan negara anggota dan ahli exco menyaksikan kemuncak saingan ini bukan sahaja baik untuk bertukar pendapat, tetapi juga berbincang mengenai standard bola sepak Asia dalam suasana kekitaan.

“Terima kasih AFC dan tahniah kepada Al-Hilal,” kata Hamidin.

Hamidin bersama Infantino di Riyad.

Dengan kemenangan 2-0, Al-Hilal berbangga dengan koleksi empat trofi itu, menjadikan mereka kelab paling berjaya di peringkat benua Asia. Al-Hilal muncul juara pada edisi 2019, mengungguli saingan Kejohanan Kelab Asia pada 1991 dan 2000.

Hamidin menerima undangan AFC yang membawa Presiden-presiden 46 negara anggota bersama barisan ahli jawatankuasa eksekutifnya yang hadir ke Manama, Bahrain bagi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kelapan bagi penggal 2019-2023, Ahad lalu.

Hadir sama ialah Presiden AFC, Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ibrahim Al Khalifa. Turut serta, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d