Bola Sepak

Brendan Gan kekal di Selangor FC musim depan


KAPTEN Selangoor FC, Brendan Gan bersetuju dengan perjanjian baharu dan akan kekal sebagai pemain musim 2022.

Berita gembira buat penyokong-penyokong itu diumumkan di laman sesawang rasmi Selangor FC pada Sabtu.

“Sejak berpindah dari Perak pada 2020, Brendan telah menjadi watak penting untuk skuad Gergasi mera, bukan sahaja sebagai seorang pemain bola sepak, tetapi juga sebagai contoh di luar padang.

“Tidak dinafikan Brendan menjadi simbol inspirasi di Selangor FC dengan sikap optimisme, dorongan dan tenaganya ketika melawan kanser yang memaksanya untuk tidak bermain sejak 6 bulan lalu.

“Namun dia bangkit bekerja keras untuk kembali ke padang dan bakal menyertai pasukan pertama dalam latihan.”

Pada Jun lalu, pemain berusia 33 tahun kelahiran Australia ini  memaklumkan situasinya terkini.

Pemain tengah Harimau Malaya ini memberitahu dia didianogsis kanser testis dan telah menjalani pembedahan dan sedang menjalani proses rawatan susulan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: