Bola Sepak

Izham hadiri Perhimpunan Agung FIFPro 2021 Paris


Izham (depan kiri) bergambar bersama delegasi FIFPro seluruh negara. Foto: Twitter Izham

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) Izham Ismail berkongsi perkembangan terkini selepas dilantik sebagai Ahli Lembaga Global Persekutuan Antarabangsa Pemain Bola Sepak Profesional (FIFPro).

Izham yang kini berada di Paris, Perancis menghadiri Perhimpunan Agung FIFPro yang menyaksikan empat ahli jawatankuasa beberapa buah negara diumumkan.

“Ketika bola sepak terus mengharungi pandemik, kita perlu bersedia untuk menghadapi cabaran, kerumitan dan peluang yang tiada tandingan melalui tadbir urus kolektif serta piawaian kawal selia berkualiti,” kongsi Izham dilaman Twitternya.

Izham dilantik sebagai Ahli Lembaga Global FIFPro mewakili Bahagian Asia/Oceania dalam jawatankuasa global FIFPro, bersama bekas pemain bola sepak kebangsaan Australia Kathryn Gill bulan lalu.

 

Sebelum ini, Izham merupakan ahli Lembaga Pengarah FIFPro Asia/Oceania sejak 2015 dan telah mewakili pemain tempatan dan antarabangsa berkaitan perkara dalam kontrak dan urusan pekerjaan pemain sebelum dibawa ke Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Majlis Penyelesaian Pertikaian (DRC) Fifa.

“Setelah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Bahagian Asia/Oceania selama 6 tahun, saya berbangga dengan pencapaian kolektif kami di Asia, terutamanya dalam mencapai tahap baharu dalam usaha keahlian, advokasi dan komunikasi.

 

“Kami berada pada kedudukan tepat untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada pemain bola sepak di seluruh Asia dan saya berharap dapat melakukan perkara yang sama di peringkat dunia sebagai ahli lembaga Global,” jelasnya baru-baru ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: