
Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI
MELAKA United FC mengulangi pencapaian 38 tahun lalu apabila berjaya melangkah ke pentas separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC dengan agregat 3-1 pada aksi suku akhir di Stadium Hang Jebat, Melaka, sebentar tadi.
Kali terakhir Melaka United FC yang dulu dikenali Melaka FA ke pentas separuh akhir Piala Malaysia ialah pada 1983 dimana pada tahun tersebut mereka turut bergelar selaku juara Liga Perdana.
Menang 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada aksi pertama Ahad lalu, Melaka United tidak berdepan masalah untuk mengatasi pelawat dengan kemenangan 2-1 pada aksi timbal balik dilaman sendiri.
MUFC tidak menunggu lama untuk berada didepan menerusi rembatan leret dari luar kotak penalti oleh Adriano Narcizo pada minit ke-2 yang terus menerjah gawang Sabah FC.
Gol awal tersebut nyata mengejutkan barisan pemain Sabah FC yang bangkit mengatur gerakan dan hampir memperolehi jaringan penyamaan menerusi N Thanbalan namun tandukannya tersasar.
Kelincahan penyerang import MUFC, Sony Norde nyata menjadi duru dalam daging buat pertahanan pelawat apabila gerakan solonya pada minit ke-19 hampir membuka ruang gol kedua namun tolakan lemahnya kepada gagal berjaya dibaca penjaga gawang Sabah FC, Rozaime Rohim.
Tuan rumah seharusnya melebarkan jurang gol menerusi Adriano namun pemain kelahiran Brazil berkenaan gagal menewaskan Rozaime ketika berada dalam situasi satu lawan satu dengan percubaannya tersasar dari gawang gol.

Babak kedua terus memperlihatkan penguasaan Melaka United menerusi beberapa percubaan berbahaya yang dimiliki Adriano dan Sony Norde.
S Kumaahran seharusnya mampu mencetakkan nama selaku penjaring gol kedua buat pasukan pada minit ke-63 selepas mendapat umpanan cantik dari Sony Norde namun pemain berkenaan merembat liar melewati palang gol begitu juga percubaan Adriano selang lima minit kemudian yang gagal menewaskan Rozaimie.
Pelawat turut memiliki peluang menerusi Park Taesu pada minit ke 70 namun sepakan percumannya dari luar kotak penalti jauh tersasar dari gawang gol Melaka United.
Gol yang dicari tuan rumah akhirnya muncul menerusi Sony Norde pada minir ke-77 yang tenang menewaskan Rozaimie untuk gol kedua dan ketika perlawanan bakal berkesudahan dengan keputusan 2-0 Risto Mitrevski berjaya menjaringkan gol tunggal tuan rumah menerusi sepakan penalti dipenghujung masa tambahan separuh masa kedua.
Add Comment