Bola Sepak

Terengganu FC, KL City bergaya ke separuh akhir


Foto: MOHD KHAIRUL AKMA

TERENGGANU FC menempah slot ke separuh akhir Piala Malaysia 2021 selepas menewaskan Sarawak United FC (SUFC) dengan agregat 6-3 selepas aksi suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium UiTM Khamis malam.

Skuad kendalian Nafuzi Zain tidak mengambil masa lama untuk mendahului tuan rumah menerusi Jordan Mintah pada minit kedua permainan.

Sepuluh minit kemudian Faisal Abdul Halim menambah duka skuad E. Elavarasan dengan gol kedua Terengganu sekaligus menjadikan jaringan keenam peribadinya.

Seakan ‘dirasuk’ aksi malam ini, Terengganu FC terus mengukuhkan kedudukan dengan jaringan ketiga menerusi Faiz Nasir pada minit terakhir separuh masa pertama.

Bersambung ke babak kedua, Mintah sekali lagi mencuri tumpuan dengan  keempat menerusi pada minit ke-64.

Enam minit kemudian, Sandro da Silva berjaya memecah kebuntuan SUFC dengan jaringan pada minit ke-70.

Beberapa minit sebelum perlawanan berakhir SUFC berjaya menambah gol kedua menerusi Uche Agba.

Kali terakhir Terengganu FC mara ke separuh akhir pada pada tahun 2018.

Sementara itu, Kuala Lumpur City FC melakar sejarah tersendiri mara ke separuh akhir selepas 29 tahun dengan menewaskan Selangor FC dengan agregat 3-0.

 

Penjaring sensasi Romel Morales menjadi tumpuan dengan jaringan pertama sebaik sahaja babak kedua bermula sekaligus mengumpul 10 gol peribadinya dalam kempen musim ini.

Jaringan tersebut merupakan gol tunggal perlawanan kedua ini yang menyaksikan Selangor FC terus kebuntuan sehingga wisel akhir dibunyikan.

Lebih menarik, anak buah Bojan Hodak ini melakar rekod 20 perlawanan tanpa tewas di laman sendiri.

Sementara itu, akhir separuh akhir pada 22 November ini menyaksikan Terengganu FC bakal menentang JDT, manakala KL City FC bertemu dengan Melaka United FC.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: