Bola Sepak

‘Big Bonus’ menanti MUFC…


Oleh : SUBKHI SUDARJI

BONUS besar bakal menanti barisan pemain dan pengurusan kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) seandainya berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Piala Malaysia 2021.

Pemilik MUFC, Datuk Seri Justin Lim berkata kepada CAKAPSUKAN, tawaran ini bakal diberikan kepada pasukan jika berjaya menjadi dua pasukan terbaik dalam saingan pada tahun ini.

“Ada sesuatu yang besar menanti mereka jika berjaya beraksi di pentas akhir pada 30 November nanti,” tegasnya.

Pemilik MUFC, Datuk Seri Justin Lim

Pencapaian terbaik Melaka dalam saingan Piala Malaysia adalah melayakkan diri ke pentas suku akhir pada 2017 serta 2019 dan jika melihatkan kedudukan semasa anak didik Zainal Abidin Hassan berada dilandasan tepat untuk melangkah ke pusingan separuh akhir dan akhir.

Mengulas aksi suku akhir kedua malam esok (Khamis), Justin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUFC berkata, seharusnya pasukan tidak berdepan masalah untuk melayakkan diri dalam kelompok empat terbaik.

“Kita telah menang 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Ahad lalu dan jaringan gol ditempat lawan adalah begitu berharga, jadi untuk aksi kedua dilaman sendiri saya mahukan pemain terus mengekalkan prestrasi semasa.

“Selain itu bermain dengan kehadiran penyokong pastinya akan menambahkan keyakinan dan suntikan buat pemain, jadi saya sememangnya mengharapkan pasukan menang,” ujarnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: