Bola Sepak

Cheng Hoe masih percayakan kelibat De Paula


De Paula antara 28 pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat kebangsaan bermula 22 November ini.

KETUA jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe terus memberi kepercayaan kepada pemain naturalisasi sensasi negara Guilherme de Paula biarpun pelbagai kritikan dilemparkan terhadapnya.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berusia 35 tahun itu antara 28 pemain yang tersenarai ke kem latihan pusat skuad kebangsaan menjelanag aksi Piala AFF Suzuki di Singapura bermula 5 Disember ini.

Kesemua pemain akan mula berkumpul pada 22 November ini melibatkan pemain-pemain yang kelabnya tersingkir dalam aksi suku akhir Piala Malaysia akan melapor diri terlebih dahulu, manakala mereka yang tersingkir separuh akhir dijangka tiba pada 28 November.

Bagi pemain yang terlibat dalam aksi final pula, mereka akan melapor diri pada 1 Disember, dua hari sebelum skuad Harimau Malaya berangkat ke Singapura.

 

Menurut Cheng Hoe, senarai yang dikeluarkan ini adalah yang terbaik memandangkan terdapat gabungan beberapa pemain senior.

“Kalau kita lihat secara keseluruhannya kami rasa kita mempunyai senarai terbaik dari segi pemain senior, kita ada Aidil (Mohamad Aildil Zafuan Abd Radzak), Apek (Khairul FAhmi Che Mat) dan juga Baddrol Bakhtiar.

“Ketiga-tiga pemain ini paling senior dalam pasukan dan sudah tentu dengan adanya pemain-pemain muda kita mampu memberi satu tentangan terbaik dalam kempen Piala AFF kali ini,” jelasnya pada sidang media pengumuman pemain di Wisma FAM pada Rabu.

Tambah Cheng Hoe, pemain yang berpengkalan di luar negara akan melaporkan diri mengikut tarikh pelepasan kelab masing-masing.

Tan Cheng Hoe

Hanya 24 pemain akan dipilih untuk senarai akhir skuad Harimau Malaya.

Malaysia diundi berada dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Vietnam, Indonesia, Kembola dan Laos.

Aksi pertama skuad negara pada 6 Disember bertemu dengan Kemboja.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: