Bola Sepak

MUFA bakal sertai ahli gabungan FAM


Dr Zabri (kiri) bersama Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr Pekan Ramli memperkenalkan Piala Kejohanan Pra-U Cup 2021.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) mencatat sejarah apabila berjaya menubuhkan Persatuan Bolasepak Universiti Malaysia (MUFA) yang telah diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) pada Jun lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr. Mohd Zabri Yusoff berkata, perkembangan ini membuka lembaran baru dalam arena bolasepak negara .

“Ia membolehkan MUFA memperkemaskan lagi struktur organisasi yang lebih tersusun, melahirkan lebih ramai tenaga jurulatih dan pengadil dalaman serta meningkatkan kualiti pemain bolasepak IPT di negara ini.

“Saya percaya sekiranya MUFA diterima sebagai ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), program pembangunan akar umbi serta urus tadbir berkaitan sukan bolasepak di peringkat IPT semakin kemas dan menjadi penyumbang utama kepada skuad kebangsaan suatu hari nanti”, katanya pada majlis Pelancaran Kejohanan Pra-U Cup dan Persatuan Bola Sepak Universiti Malaysia secara dalam talian, hari ini.

Mengulas mengenai kejohanan, Mohd Zabri berkata, barisan pemain -pemain elit negara daripada Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) bakal mewarnai kejohanan yang akan berlangsung pada 20-27 November 2021 di Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Pahang.

“Selain itu pembabitan Akademi Bolasepak Felda (ABSF) dan pasukan bolasepak Universiti Malaysia (MUFT) juga antara tarikan utama menerusi kejohanan berkenaan yang dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dianggap usaha ke transformasi bolasepak Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Inisiatif ini diambil bagi memberikan ruang kepada pemain-pemain elit yang bakal bergraduan pada tahun terakhi dan berusia sekitar 17 tahun dan merupakan peluang buat mereka untuk mempamerkan bakat dan kehebatan mereka serta menyediakan ‘platform’ terbuka untuk diintai oleh mana-mana pasukan atau kelab bagi menyambung kerjaya dalam bidang bolasepak.

“Kejohanan ini akan menjadi batu loncatan untuk mereka dipilih menyambung kerjaya sebagai pemain dan juga pelajar di Institusi Pengajian Tinggi sekiranya terdapat IPT yang berminat dengan bakat mereka.

“Secara tidak langsung akan meneruskan usaha KPT untuk melahirkan lebih ramai ‘The Thinking Athlete’ atau di sini lebih kepada ‘The Thinking Footballer”,”

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: