
BEKAS jaguh skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menerima pengurniaan Penglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Nicol, 38, adalah antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Such an honour. Thank you for everyone’s support always ?? pic.twitter.com/q0EJumZ0ah
— Nicol David (@NicolDavid) November 16, 2021
Nicol merupakan atlet legenda negara yang telah melakar pelbagai kejayaan di pentas dunia dengan mengibar bendera Malaysia sepanjang kariernya.
Malah beliau juga telah dinobatkan sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia oleh Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) awal tahun ini.





Add Comment