
PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) mengumumkan Hairul Anwar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perak FC.
“Kami di Perak FC mengalu-alukan kehadiran Hairul Anwar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC yang baharu.
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERKHIDMAT, HAIRUL ANWAR BERSAMA PERAK FC
Kami di Perak FC mengalu-alukan kehadiran En. Hairul Anwar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC yang baharu. pic.twitter.com/iaW10qCwSD
— Perak FC (@peraktbgmy) November 16, 2021
“Hairul Anwar merupakan seorang yang cukup berpengalaman dalam hal-hal berkaitan bola sepak Perak berikutan penglibatannya bersama Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sebelum ini dan mempunyai pengalaman dalam tadbir urus korporat,” tulis satu kenyataan di laman Twitter rasmi Perak FC.
Kerusi CEO sebelum ini kosong hampir lima bulan selepas Ali Naizali meletak jawatan Jun lalu.





Add Comment