Bola Sepak

‘Tawaran nakal’ buat Ifedayo kucar-kacir


Oleh : SUBKHI SUDARJI

MANA menghilangnya peledak prolifik Selangor FC dan juga penjaring terbanyak Liga Super 2021, Ifedayo Olusegun, adakah kecederaan masih menghalangnya untuk beraksi bersama pasukan atau ada rahsia disebaliknya.

Berdasarkan sumber, ada  berita disebaliknya dihadapi Ifedayo ketika ini, bukan disebabkan kecederaan tetapi perasaan dan keinginannya untuk terus bersama Selangor FC serta ‘tawaran nakal”  yang diterimanya menyebabkan perjanjian kontrak baharu terus menemui jalan buntu.

Ironinya ketika ini Selangor FC seharusnya sudah boleh memuktamadkan perjanjian baharu untuk musim hadapan tetapi sehingga kini belum ada sebarang keputusan rasmi dikeluarkan baik tuan empunya diri mahupun Selangor FC.

Ifedayo yang menyertai Selangor pada 2019 dibawah pimpinan B Sathianathan dan menjaringkan 12 gol pada musim pertamanya itu telah dirisik dua pasukan yang menawarkan gaji lebih tinggi dari apa diterima dan ditawarkan Selangor FC musim ini.

Difahamkan kegagalan persetujuan kontrak baharu ini timbul kerana Ifedayo juga pemenang Anugerah Kasut Emas 2020 dikatakan telah meminta bayaran gaji lebih tinggi namun tidak dilayan Selangor FC.

Menjaringkan gol kemenangan pada aksi pertama menewaskan Perak FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 26 September lalu dan berkunjung di Kuala Terengganu selang tiga hari kemudian untuk aksi kedua.

Kelibat penyerang berbisa ini terus diketepikan dalam saingan Piala Malaysia selepas dia difahamkan mengalami kecederaan yang memerlukan enam minggu untuk pulih namun selepas tiga minggu pemain yang mula diperkenalkan dalam saingan Liga Malaysia mewakili Felda United 2017 kelihatan berlatih bersama pasukan Selangor FC.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: