Bola Sepak

“Kuasai Asean dulu sebelum peringkat Asia” – Mohd Yusoff


Mohd Yusoff (tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali Ke-3 Bagi Penggal 2021-2025 di Wisma FAM pada Isnin.

Oleh: SURYATI MOHD NOR/ Foto:  MOHD KHAIRUL AKMA

KETUA jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe dijangka akan mula memanggil pemain-pemain yang selepas berakhirnya aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2021 yang bermula Khamis ini bagi persiapan ke Piala AFF Suzuki Disember ini.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi, pemain-pemain yang tidak terlibat dalam aksi separuh akhir dan akhir Piala Malaysia akan dipanggil terlebih dahulu.

“Jurulatih Cheng Hoe akan panggil dulu pemain-pemain awal untuk menjalani latihan secepat mungkin bagi pemain-pemain yang tidak terlibat dengan perlawanan separuh akhir dan akhir bagi latihan pusat.

Jurulatih Cheng Hoe dijangka memanggil pemain-pemain menjalani awal latihan pusat selepas aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2021.

“Kita akan berbincang dengan jurulatih Cheng Hoe untuk pemain-pemain lain sebelum 28 November ini. Dan kita akan berangkat ke Singapura pada 3 Disember ini,” jelasnya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali Ke-3 Bagi Penggal 2021-2025 di Wisma FAM pada Isnin.

Dalam itu Mohd Yusoff memberitahu, dua perlawanan antarabangsa di Jordan sebelum ini diambil kira sebagai persiapan untuk ke Piala AFF bulan depan.

“Kalau dilihat dari segi persiapan kebanyakan pasuakan sebelum menghadapi perlawan sebenar akan ada perlawanan persahabatan, di situ kita nampak kekurangan kita.

“Walaupun kita tidak ada perlawanan persahabatan untuk Piala AFF, tetapi aksi persahabatan antarabangsa di Jordan sebelum ini juga dikira satu persiapan kita.

“Dua perlawanan itu saya kira jurulatih Cheng Hoe mungkin ada perubahan. Dan faktor yang dipilih ini akan beri keseimbangan di Piala AFF ini.

“Dan sudah tentu sekali main di AFF ini kita target final dan juara. Kalau kita masih lagi tak yakin main di peringkat Asean, kita lupakan Asia.

Aksi persahabatan Harimau Malaya bertemu Jordan bulan lalu. Foto: FAM

“Mentaliti kita ini sentiasa menekankan pemaain-pemain dan barisan kejurulatihan kuasai Asean sebelum ke Asia.

“Saya rasa pemain-pemain dan jurulatih faham untuk menakluki Asean. BArulah boleh menunjukkan kita ini dah berada satu ‘step’ lagi ke Asia,” tambahnya yang juga merupakan pengurus pasukan Harimau Malaya.

Aksi Piala AFF Suzuki bakal berlangsung di Singapura pada 5 Disember ini.

Malaysia diundi berada dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Aksi pertama skuad negara pada 6 Disember bertemu Kemboja.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: