AKSI di Stadium Darul Aman menyaksikan tuan rumah berjaya mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) tanpa sebarang gol pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2021 malam ini.
Pada aksi separuh masa pertama menyaksikan ke cemerlang an bahagian pertahanan kedua-dua pasukan.
Pelawat lebih menguasai bahagian tengah namun pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang diketuai oleh Renan Alvares berjaya mematahkannya dibantu oleh Rizal Ghazali, Rodney Calvin dan Ariff Farhan.
Bahagian serangan KDA FC hanya berharap kepada kelincahan Kpah Sherman namun ketiadaan Tchetche Kipre melemahkan bahagian ini.
Pasukan JDT berjaya beraksi enggan baik namun gagal melepasi pertahanan tuan rumah.

Pada separuh masa kedua pasukan pelawat memasukkan Sumareh dan Safiq Rahim namun gagal melepasi benteng pertahanan Kedah.
Seawal mint ke-46 pemain JDT di layangkan kad Kuning kerana mengasari Sherman.
Peluang terbaik Kedah muncul pada minit ke-71 pemain gantian Aiman Afif hanya berdepan panjaga gol pelawat Farizal Marlias tetapi cubaannya sedikit melepasi tiang gol JDT.
Pasukan Kedah yang terpaksa beraksi tanpa Ataya dan Tchetche berjaya memastikan JDT pulang tanpa mampu merobek gawang tuan rumah.
Kejayaan penjaga gol Kedah Shahril Saari mengecewakan cubaan baik Leandro pada minit ke-89.
Kedua-dua pasukan mengakhiri permainan tanpa sebarang gol.
Add Comment