Bola Sepak

Suku Akhir Pertama Piala Malaysia; Kim Swee serba salah


Oleh : SUBKHI SUDARJI /IZARI ROSLI

DATUK Ong Kim Swee nama yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak tempatan dengan watak selaku pemain bolasepak dan juga individu yang sudah berkhidmat bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selama 14 tahun bermula dari tahun 2007 dengan pelbagai jawatan.

Bermula dari seorang pemain tengah bersama Melaka pada 1991-1992, Sarawak (1993-1994) dan Sabah (1994-1998) peranannya tidak hanya terhenti disitu apabila menjadi jurulatih skuad kebangsaan B19,B23 dan Harimau Muda dan juga selaku Pengarah Teknikal FAM.

Kim Swee yang bakal mencecah usia 51 tahun pada 11 Disember depan sudah berkhidmat bersama FAM selama 14 tahun bermula dari tahun 2007 dengan pelbagai jawatan.

Namun kini perasaanya bercampur baur dan tidak selesa apabila membimbing Sabah FC untuk berdepan Melaka United FC yang merupakan negeri kelahirannya pada aksi Suku Akhir Pertama Piala Malaysia, malam esok.

“Ini merupakan kali pertama saya bermain (membimbing) dengan negeri dimana saya dilahirkan dan saya masih lagi punyai keluarga dan juga rumah di Melaka.

“Sudah tentu ini merupakan satu situasi yang tidak begitu selesa namun sebagai jurulatih profesional dan apabila saya berkhidmat dengan Sabah sudah pastinya saya ingin kejayaan buat pasukan Sabah.

“Pada masa sama saya percaya para penyokong Melaka United faham dengan apa yang ingin saya lakukan dan bagi saya yang penting kedua-dua pasukan  menunjukkan persemabhan yang baik dimana ini penting untuk pembangunan bola sepak kita,” katanya ditemui di Padang Latihan Universiti Malaysia Sabah (UMS), petang tadi.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: