Semasa

Jersi terbaharu Skuad Bunga Raya sertai koleksi CS


JIKA sebelum ini CAKAPSUKAN (CS) memberikan sokongan terhadap pengeluaran jersi-jersi pasukan bola sepak tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) diberikan kini giliran sukan Ragbi pula mendapat perhatian untuk dijadikan koleksi berharga.

Jersi baharu skuad Bunga Raya bakal itu bakal digunakan skuad Ragbi kebangsaan dalam kejohanan Siri Ragbi Asia 7 Sebelah (7’s) di  Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 19 dan 20 November nanti .

Jersi terbaharu itu yang diperkenalkan secara rasmi Selasa lalu, merupakan sentuhan bersama AL Ikhsan setelah menjalinkan kerjasama dengan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) sejak 2019 dan kini telah berada dalam koleksi CAKAPSUKAN.

Untuk rekod, Siri Ragbi Asia 7’s juga merupakan saingan bagi kelayakan ke Piala Dunia 7’s di Afrika Selatan pada tahun depan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: