Bola Sepak Semasa

Lang Merah terbang tinggi di Kota Bharu


Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEDAH Darul Aman (KDA FC) tidak berdepan masalah untuk menewaskan Kelantan United FC (KUFC), 3-1 pada aksi Kumpulan C, Piala Malaysia 2021 di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, sebentar tadi.

Pelawat seharusnya berada didepan seawal minit ke-14 menerusi sepakan penalti namun penyerang import Kpah Sherman yang mengambil peranan tersebut gagal menewaskan penjaga gawang tuan rumah, Mohamad Fikri Che Soh yang tepat melayangkan badan ke sebelah kiri untuk menyelamatkan gawang.

Skuad bimbingan Adil Shahrin Sahak akhirnya mendahului tuan rumah menerusi rembatan Syazwan Zainon pada minit ke 34 sebelum ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar melebarkan kelebihan selang dua minit kemudian untuk Kedah selesa 2-0 pada separuh masa pertama.

Baki 20 minit terakhir separuh masa kedua mempamerkan aksi menarik apabila Kelantan FC berjaya merapatkan jurang kedudukan menerusi Fakhrul Zaman yang menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma untuk menewaskan Muhamad Ilham Amirullah Razali buat kali pertama pada minit ke-73.

Lang Merah terus cemas selang dua minit kemudian apabila Gassama yang mendapat hantaran jauh dari rakan sepasukan berjaya melepasi kawalan pertahanan sebelum melakukan rembatan namun sedikit melewati palang gol.

Baddrol sekali lagi hampir menjaringkan gol ketiga buat pasukan pada minit ke -81 namun tandukannya sedikit tersasar ketika Fikri hanya mampu melihat bola melepasi kawalannya.

Kem pelawat akhirnya tenang selepas pemain gantian Fayadh Zulkifli menjaringkan gol ketika pada minit ke-85 selepas mendapat hantaran menarik dari Azamuddin Akil untuk tenang menewaskan Fikri buat kali ketiga dan keputusan 3-1 kekal sehinggalah tamat perlawanan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: