Bola Sepak

PFAM sahkan pemain-pemain SUFC buat aduan tunggakan gaji


Foto: Sarawak United FC

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PERSATUAN Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan sudah pun menerima menerima aduan secara rasmi daripada para pemain Sarawak United FC (SUFC).

Menurut kenyataan PFAM menerusi Twitter rasmi, pihaknyasecara rasmi juga telah memulakan proses surat menyurat terhadap kelab SUFC.

“PFAM sentiasa berada bersama pemain dan keberanian pemain untuk akhirnya tampil membuat aduan rasmi wajar dipuji. Seluruh ahli PFAM menyatakan #SolidaritiUntukPemain dan menyokong para pemain yang sedang mengharungi tempoh sukar ini.

“Semoga kemelut ini menemui jalan penyelesaian dalam tempoh terdekat.”

Sebelum ini spekulasi masalah tunggakan gaji pemain-pemain SUFC dilaporkan tertunggak selama dua bulan setengah.

 

Pada 20 Oktober lalu, Presiden SUFC Datuk Posa Majais tampil memberi kenyataan bahawa pihaknya akan cuba selesaikan tunggakan itu sebelum bermulanya perlawanan Piala Malaysia.

Bagaimanapun tampaknya isu ini masih belum selesai sehingga memaksa pemain-pemain SUFC melaporkankan kepada PFAM.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara “tunggakan baru dua bulan setengah”, Sarawak United FC berdepan hukuman berat

Sesuatu yang menyedihkan bagi bola sepak tempatan memandangakn SUFC di antara pasukan pilihan sepanjang Liga Malaysia musim ini dengan menamatkan saingan di tempat kedua Liga Premier sekaligus bakal beraksi dalam Liga Super musim depan.

Malah, pemain-pemain juga mennmgetepikan masalah gaji itu dengan layak ke saingan suku akhir Piala Malaysia bermula Ahad ini.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: