Bola Sepak

Arena e-Sport pentas cungkil dan melatih pelajar ke tahap profesional.


Presiden Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA), Prof Dr Mohd Zamri Yusoff.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / AHMAD KHAIRUL AKMA

ARENA e-Sport yang bakal beroperasi sepenuhnya di dalam kampus di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) , Setapak Kuala Lumpur mampu dijadikan pentas mencungkil bakat dan melatih pelajar yang berpotensi sehingga mencapai tahap profesional.

Presiden Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA), Prof Dr Mohd Zamri Yusoff berkata, kompleks berkenaan bakal digunakan sepenuhnya menjelang Januari 2022.

“Pengurusan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) telah pun membina e-sport arena dalam kampus di Setapak, Kuala Lumpur yang boleh memuatkan 42 unit (pax) dalam ‘Gaming Zone’, 6 unit (pax) dalam Zon VIP dan 1 unit (pax) untuk ‘broadcasting’.

“Tujuan utama pembinaan e-Sport Arena ini ialah sebagai pusat untuk mencungkil bakat dan melatih pelajar yang berpotensi sehingga mencapai tahap professional.

“E-sports Arena ini juga mampu mengendalikan pertandingan e-sports secara fizikal berskala besar,” katanya pada majlis Pelancaran Varsity e-Sports Uni-Leagua 2021 di Uniten, Bangi hari ini.

Kejohanan tersebut dijayakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama  Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA),  kesinambungan daripada Kejohanan E-Sports Uni-League 2020 yang telah berjaya menarik seramai 1,030 orang peserta.

Bakal dijalankan secara atas talian bermula pada 22 November hingga 12 Disember 2021 dengan mempertandingkan lima acara utama iaitu Mobile Legend: Bang Bang, Dota 2, PUBG Mobile,  FIFA 2022 dan PES 2021 Mobile bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM26,700.00 turut mendapat tajaan daripada Logitech Malaysia dan Yoodo.

Dr Pekan (kiri) bersama Dr Zamri memperkenalkan Piala yang menjadi rebutan pada kejohanan Varsity e-Sports Uni-Leagua 2021.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading