Antarabangsa

Rashford dianggap pejuang kanak-kanak miskin, terima anugerah MBE


Rashford menerima anugerah MBE daripada Putera William. Foto: AP

MARCUS Rashford akan menyerahkan pingat anugerah Member of the Order of the British Empire (MBE) yang diterima kepada ibunya.

Penyerang England dan Manchester United yang bakal menyambut kelahiran ke-24 pada 31 Oktober ini menerima penghormatan anugerah MBE daripada Prince William dalam satu majlis di Istana Windsor pada Selasa.

Rashford bukan sahaja terkenal dengan aksi lincah di padang, sebaliknya dia merupakan ‘pejuang’ kepada kanak-kanak miskin dan telah melancarkan kempen sejak tahun lalu bagi memastikan semua kanak-kanak tidak kelaparan.

Malah kempennya itu juga memaksa kerajaan membuat pusingan-U berhubung polisi makanan percuma di sekolah dengan memastikan kanak-kanak yang memerlukan menerima baucar makanan sepanjang musim panas dan menubuhkan pasukan petugas khas bagi membantu 1.3 juta golongan kanak-kanak miskin.

Ibunya Melanie Maynard turut menyaksikan penghargaan yang diterima Rashford daripada Duke of Cambridge itu.

“Ia kelihatan banyak perkara yang berlaku, namun saya menggunakan jalan yang mudah – cuba memberi barangan kepada kanak-kanak yang saya tidak dapat ketika zaman kecil.

“Saya hanya memberi peluang kepada mereka dan saya fikir mereka berhak menerimanya apa yang kanak-kanak tidak dapat. Bagi saya ia satu hukuman kepada mereka jika tidak mendapat barang-barang seperti makanan atau buku-buku.

Rashford diumum sebagai penerima anugerah MBE pada usia 22 tahun.

“Dan jika kita semua bergandingan mengubah perkara kecil, ia mungkin perubahan kecil tetapi peluang besar jika anda melihat ganjaran selepas itu. Saya lihat generasi selepas saya sangat istimewa,” jelasnya.

Tambah Rashford, dia dengan rendah diri menerima MBE dan menyerahkan penghargaan ini kepada ibunya yang sebenarnya lebih layak.

Namanya diumumkan sebagai penerima MBE ketika hari lahir Ratu Elizabeth II tahun lalu.

“Sebagai pemuda kulit hitam dari Wythenshawe, saya tidak pernah terfikir untuk menerima MBE, tidak kisah MBE pada usia 22 tahun .

“Ini adalah momen yang sangat istimewa buat diri saya dan keluarga, terutamanya ibu saya yang berhak dengan anugerah ini.”

Rashford bersama ibunya.

Rashford sebelum ini melancarkan kempen selepas Parlimen menolak cadangannya untuk menyediakan makanan percuma kepada kanak-kanak miskin.

Kempen petisyen menyeru semua ahli politik mengambil berat kepada kanak-kanak yang kelaparan telah menerima 100,000 tanda tangan dalam tempoh 10 jam, sekaligus menyaksikan kerajaan menukar polisinya.

Sebelum ini, Rashford  juga dianugerahkan gelaran doktor kehormat daripada University of Manchester di atas usahanya memperjuangkan nasib kanak-kanak miskin dan turut bekerjasama menyalurkan kebajikan makanan FareShare ketika bermula ‘lockdown’ pertama tahun lalu di United Kingdom. –Daily Mail.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: