Antarabangsa

Xavi sedia lepaskan tiga tonggak pasukan


Luuk de Jong yang direkrut dari Sevilla menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan permainan Barcelona.

TIGA pemain dalam skuad Barcelona bakal dilepaskan selepas dikenalpasti Xavi Hernandez yang kini menggalas jawatan selaku pengurus pasukan.

Pemain berkenaan adalah Samuel Umtiti (pertahanan), Luuk de Jong (penyerang) dan Neto (penjaga gol).

Ketiga-tiga mereka dipilih oleh Xavi selepas bercakap dengan presiden Joan Laporta mengenai perancangan mengembalikan semula prestasi pasukan.

Umtiti hampir meninggalkan Barcelona pada musim panas lalu. Bagaimanapun, pertahanan Perancis itu mampu meyakinkan Joan Laporta untuk kekal di Camp Nou dengan musim ini, dia tidak bermain langsung.

Sementara itu, Luuk de Jong baru-baru ini direkrut dari Sevilla secara pinjaman pada musim panas lalu menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan permainan Barcelona dan akan dikembalikan pada Januari.

Penjaga gol kelahiran Brazil, Neto pula menjadi nama akhir yang akan dikeluarkan memandangkan ketika ini dia bergelut untuk menggantikan Marc-Andre Ter Stegen, dan berkemungkinan akan diketepikan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: