Antarabangsa Bola Sepak

Barca perlu layak Liga Juara-Juara musim depan – Laporta


Laporta memperkenalkan Xavi selaku pengurus Barca yang baharu sehingga 2023.

SELEPAS memperkenalkan Xavi Hernandez sebagai jurulatih baharu Barcelona, layak ke Liga Juara-Juara musim depan dan melangkah ke pusingan kalah mati di kejohanan yang sama pada tahun ini adalah sasaran yang perlu dicapai bekas pemain tengah Barca itu.

Presiden Barcelona, ​​Joan Laporta, layak antara empat teratas dan layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara adalah perlu untuk mengekalkan prestij pasukan .

“Bukan sahaja kami mesti layak ke empat teratas, kami juga perlu bersaing,” kata Laporta seperti dilaporkan Football Espana.

Barcelona secara rasmi memperkenalkan Xavi Hernandez sebagai jurulatih baharunya di Camp Nou dengan kontrak sehingga Jun 2023.

Ketika ini dalam saingan La Liga, Barcelona kini berada di tangga kesembilan dengan 17 mata daripada 12 perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara pasukan masih berusaha untuk mendapatkan tiket ke pusingan 16 terakhir.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: