Bola Sepak

SNBJ kembali bergema dengan pentas akhir Piala Malaysia 2021


Oleh : SUBKHI SUDARJI

STADIUM Nasional Bukit Jalil bakal kembali bergema dengan sorakan penyokong bola sepak tempatan selepas dipilih sebagai pentas akhir Piala Malaysia 2021 yang kini memasuki edisi ke 95 dan akan diadakan pada 30 November nanti.

Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021 telah diadakan dengan pembabitan semua pihak bertanggungjawab.

“Mesyuarat pertama ini dihadiri wakil agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran sempena 100 tahun Piala Malaysia bagi membincangkan secara terperinci perjalanan sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

Ab Ghani mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021.

“Kesemua pihak diberikan taklimat secara jelas dan terperinci mengenai pengurusan perlawanan akhir itu termasuk daripada aspek operasi dan teknikal, promosi dan pemasaran serta penyiaran.

“Begitu juga media, pegawai perlawanan, keselamatan, pengangkutan dan penjualan tiket secara dalam talian pada final yang bakal berlangsung pada 30 November 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: