Bola Sepak

Umpama aksi final – OKS


Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan aksi terakhi peringkat Kumpulan D menentang Petaling Jaya City FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini umpama pentas final yang perlu dimenangi pasukannya.

Berkongsi lima mata, kemenangan yang diraih sama ada pasukan pelawat mahu pun tuan rumah akan mengesahkan kemaraan ke pentas suku akhir bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sudah pun awal mengesahkan kemaraan selaku juara kumpulan D.

Bagi Kim Swee, sokongan padu daripada para penyokong mampu mencapai keputusan positif berdasarkan dua perlawanan lepas yang sangat membantu pasukan sehingga mencapai kemenangan pertama ke atas Kelantan FC, Sabtu lalu.

“Apabila kita bermain dalam perlawanan-perlawanan penting seperti ini, kehadiran penyokong merupakan salah satu aspek yang dapat membawa kejayaan kepada sesebuah pasukan.

“Saya berharap para penyokong The Rhinos di sekitar Kota Kinabalu atau pun dari seluruh Sabah dapat hadir pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D malam ini kerana penting untuk memastikan pemain mendapat suntikan moral.

“Ini akan membantu prestasi mereka dan saya percaya mampu berubah sesuatu pasukan untuk layak ke peringkat seterusnya dengan adanya sokongan padu semua penyokong tegar Sabah FC,” katanya.

Mengulas aksi anak didiknya malam ini, Kim Swee tekad memastikan kemenangan kerana walaupun seri kita akan terkeluar daripada saingan Piala Malaysia.

“Strategi kita sudah tentu kita perlu memikirkan corak serangan namun kita tahu pasukan PJ City FC mempunyai rekod yang baik terutama bermain dalam perlawanan yang penting dan mereka membuktikan ketika bermain dengan JDT,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: