Bola Sepak

JDT bakal umum kerjasama terbaharu dengan syarikat gergasi antarabangsa


Tunku Ismail bakal membuat pengumuman kerjasama terbaharu dalam masa terdekat ini.

SABAN tahun Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak lekang dengan perkara baharu untuk dikongsikan kepada penyokong-penyokong setia kelab.

Terbaharu, JDT mengumumkan sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian berjumlah jutaan dolar Amerika dengan sebuah syarikat gergasi antarabangsa.

“Syarikat ini juga bekerjasama dengan beberapa kelab terkemuka di seluruh dunia seperti PSG, Juventus and Barcelona,” umum JDT di laman Facebook rasminya.

Menurut kenyataan tersebut, satu pengumuman akan dibuat oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam masa terdekat.

JDT sudah pun mempunyai beberapa kerjasama dan penaja-penaja antarabangsa seperti UNICEF Malaysia, Aston Martin Racing, Nike, Hublot, Subway, F&N dan banyak lagi.

Biarpun tanpa mendedahkan lebih jelas, rata-rata penyokong JDT teruja dan memuji langkah ke depan yang dibuat TMJ ini.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: