Bola Sepak

FAM dapat lampu hijau dari KBS – Saifuddin


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk membida sebagai tuan rumah aksi kelayakan Piala Asia 2023, tahun depan.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Abu Bakar sambil menjelaskan pihaknya akan membuat persiapan rapi untuk menghantar bidaan menjadi tuan rumah selepas berakhir proses undian yang akan berlangsung pada Februari depan.

Tegasnya, hasrat ini juga telah mendapat kebenatan (lampu hijau) daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menjadi tuan rumah.

“Beberapa venue sedang diteliti dan sudah tentu beliau berharap lembah Klang sebagai pilihan utama untuk dijadikan venue buat skuad Harimau Malaya dalam aksi kelayakan yang bakal berlangsung pada Jun tahun depan.

“Alhamdulillah terima kasih kepada menteri belia dan sukan yang telah beri lampu hijau untuk membida bagi menjadi hos kelayakan Piala Asia 2023 dan kita kena tunggu bulan Februari apabila kita dimasukan dalam kumpulan mana.

“Daripada kumpulan itu baru kita boleh tahu sama ada hanya Malaysia atau ada negara lain yang membida (menjadi tuan rumah).

“Kita akan cuba sedaya upaya (untuk membida), persiapan fasa kedua yang kita buat sekarang ini adalah mengenal pasti venue, hotel dan padang latihan. Kita juga perlu memastikan semua kemudahan ini boleh mengikut SOP (prosedur operasi standard (SOP) yang ada sekarang.

“Itu kita masih tidak boleh cakap sekarang, kita ada beberapa pilihan dan sudah tentu kalau boleh kita nak di Lembah Klang.

“Proses hantar bidaan adalah selepas undian dibuat, di mana pertandingan berlangsung pada Jun 2022,” katanya pada majlis pelancaran jam edisi khas kedua G-Shock Harimau Malaya di Wisma FAM, hari ini.

Untuk rekod, Malaysia bersedia untuk membida salah satu daripada enam venue berpusat yang akan ditawarkan kepada 24 pasukan dalam kempen kelayakan Piala Asia 2023 pada pertengahan tahun depan.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 akan diadakan secara berpusat dan semua perlawanan mengikut format ‘single round robin’.

Pada masa sama, AFC juga memaklumkan bahawa perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 itu akan diadakan pada 3 tarikh yang ditetapkan iaitu 8,11 dan 14 Jun 2022 nanti, namun venue perlawanan masih belum ditetapkan dan ia dibuka untuk bidaan kepada pasukan yang bersaing.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: