Bola Sepak

Rupanya De Paula takut ‘buaya’ punca kerap buat ‘high pressing’


NAMA pemain naturalisasi negara, Guilherme de Paula kembali menjadi bualan selepas beberapa bulan jarang muncul di kalangan netizen selepas kembali daripada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun lalu.

Namun hari ini nama peyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali menjadi perhatian selepas pemilik kelab Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjawab soalan “Kenapa di JDT De Paula tak jogging tetapi dia kerap membuat high pressing?.”

TMJ dengan penuh makna menjawab, “Kerana di JDT jikalau berlari sambil lewa dia berenang di kolam buaya, mudah.”

Komen tersebut telah mencuri tumpuan peminat-peminat bola sepak negara.

Beliau meninggalkan jawapan itu bagi menjawab persoalan berkaitan aksi rajin ‘berlari’ yang dipamerkan De Paula apabila beraksi bersama pasukan Harimau Selatan.

Pemain berusia 35 tahun itu sebelum ini dikritik hebat oleh pemerhati bola sepak dan juga peminat bola sepak negara susulan aksi sambil lewa mengejar bola atau lebih tepat lagi seperti ‘malas’ ketika menyarung jersi Harimau Malaya.

Namun ‘perangai malas’ itu tidak berlaku ketika dia beraksi bersama kelab, malah mampu mempamerkan corak permainan yang berbisa selepas turut salah satu gol kemenangan 4-0 ketika bertemu Kelantan FC Ahad lalu.

 

Pun begitu, De Paula antara pemain tetap pilihan dalam skuad negara memandangkan pengendali Tan Cheng Hoe yakin dengan kemampuan dan saiz fizikal yang dimiliki pemain kelahiran Brazil ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: