Oleh : SUBKHI SUDARJI
PASUKAN ditangga ke 194 dunia, Timor Leste bakal dipilih untuk aksi pemanas badan buat skuad Harimau Malaya sebelum mengharungi kempen Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura pada bulan depan.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar mengesahkan perkhabaran tersebut dan pihaknya kini masih lagi memperhalusi mekanisme selain perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) terlebih dahulu.
“Selepas Brunei sah menarik diri daripada kempen Piala AFF Suzuki 2020 sebelum ini, hanya ada satu pasukan yang boleh kita atur aksi persahabatan iaitu Timor Leste.
“Namun, kita perlu dapatkan kelulusan daripada AFF kerana ada syarat untuk mengaturkan aksi persahabatan di Singapura kerana kita masih tidak boleh bermain sini (Malaysia),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jam Tangan Edisi Terhad Kedua G-Shock x FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Add Comment