Oleh: JJFIRDAUS
UiTM FC dilihat sedang dalam proses untuk membentuk semula pasukan selepas tersingkir dari saingan Liga Super musim ini dan pencarian pemain dan pegawai pasukan giat dijalankan.
Menerusi perkongsian di laman sosial rasmi kelab, UiTM FC kini sedang mencari Ketua Jurulatih, Pembantu Jurulatih, Jurulatih Penjaga Gol, Kitman, Fisioterapis dan Jurulatih Kecergasan bagi Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia untuk menghadapi musim 2022.
Ini membuktikan UiTM FC merombak keseluruhan skuad yang ada dengan pengambilan muka baharu yang dijangka disesuaikan dengan bajet yang bakal mereka gunakan untuk kesemua pasukan mereka.
Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia dan juga bukan warganegara Malaysia dan ini menunjukkan bahawa UiTM akan kekal mengambil pemain antarabangsa bagi memperkasakan skuad.
UiTM FC menamatkan saingan Liga Super di tangga terakhir dengan mengumpul hanya 13 mata hasil dari tiga kemenangan dan empat keputusan seri manakala tewas 15 perlawanan sekaligus tersingkir ke Liga Premier.
ππππ ππππ ππππ πππππππ ππππππ ππππ π π ππππ π¦ππ€
UiTM Football Club ingin menawarkan jawatan kosong secara kontrak bagi yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan dalam staf kejurulatihan UiTM FC
Lagi dibawah β€΅οΈ pic.twitter.com/HtNCxciGWo
β UiTM FC Lions (@uitmfclions) November 9, 2021
Setelah berjaya mengekalkan diri dalam Liga Super selepas melakukan debut pada 2020, UiTM FC nyata bergelut dalam musim kedua mereka dan akhirnya terpaksa akur dengan kedudukan terakhir.
Mengharungi 16 perlawanan tanpa kemenangan dengan hanya dua mata nyata meresahkan pihak pengurusan dan akhirnya keputusan membentuk semula pasukan menjadi pilihan untuk musim baharu nanti.
Muncul pasukan IPT pertama yang berjaya ke Liga Super, UiTM FC pastinya mempunyai daya penarik yang mampu menarik perhatian jurulatih dan pemain-pemain yang mahukan cabaran baharu dalam mengarungi Liga Premier mahupun Piala Presiden dan Piala Belia.
Dengan fasiliti yang mencukupi seperti stadium dan padang latihan serta fasiliti sains sukan yang lengkap, UiTM FC harus diberikan perhatian dan selamat maju jaya kepada pihak pengurusan dan juga mereka yang berminat menyarung jersi kelab ini.
Add Comment