Bola Sepak Komentar

Lima rahsia Kuala Lumpur City FC tuai hasil baik musim ini


Oleh: JJFIRDAUS

KEJAYAAN Kuala Lumpur City FC layak ke suku akhir Piala Malaysia buat kali pertama sejak 29 tahun adalah satu pencapaian yang membanggakan buat sebuah pasukan yang penuh dengan sejarah.

Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu adalah juara hattrik Piala Malaysia bermula pada tahun 1987 hingga 1989 dan selepas itu tenggelam ekoran pelbagai isu dalaman yang tidak boleh dibanggakan.

Kini Kuala Lumpur dengan nama dan pengurusan baharu dilihat semakin baik dan bermain permainan bola sepak yang menepati kehendak bola sepak moden dengan pembinaan kelab yang tersusun dan penajaan yang mampan.

Terdapat lima sebab utama yang dilihat sebagai penyebab utama perubahan dramatik Kuala Lumpur dari sebuah kelab belasahan kepada kelab yang bersaing bersama nama-nama besar liga tempatan.

1. PEMILIHAN CEO YANG TEPAT

Kuala Lumpur City FC mengumumkan bekas pemain kebangsaan, Stanley Bernard Samuel sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mereka yang baharu dan ini adalah langkah yang tepat kerana Stanley adalah orang bola sepak yang tahu selok belok pengurusan sebuah kelab bola sepak.

2. BARISAN KEJURULATIHAN YANG BAGUS

Foto: KL City FC

Pemilihan Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih adalah perkara tepat pertama yang dilakukan Stanley. Ini kerana Bojan sememangnya mempunyai rekod yang baik sebagai jurulatih dengan membawa Kelantan dan JDT muncul juara Liga Super.

3. PEMAIN ANTARABANGSA YANG MANTAP DAN SERASI

Pemain-pemain antarabangsa yang ditandatangani juga memberikan impak yang baik buat KL City dengan Romel Morales dan Paolo Josue dilihat sangat serasi bekerjasama dalam setiap perlawanan.

4. SASARAN YANG JELAS

Kuala Lumpur City FC juga dilihat sebagai sebuah kelab yang mempunyai sasaran yang jelas dengan barisan pengurusan dan kejurulatihan mempunyai ‘mindset’ yang sama dan mampu bekerjasama.

5. KERJASAMA PASUKAN YANG BAIK

Dengan barisan pemain tempatan yang berpengalaman dan berkualiti, Kuala Lumpur City FC dilihat sebagai sebuah kelab yang mempunyai permainan bola sepak yang menarik. Gabungan bersama pemain antarabangsa dilihat sangat serasi dan mereka beraksi baik sebagai satu pasukan.

Dengan lima perkara di atas, tidak hairan kelab Kuala Lumpur City kini menjadi antara kelab yang profesional di Liga Malaysia dan keputusan positif dilihat semakin memihak kepada mereka.

Rekod tanpa kalah di laman sendiri, layak ke suku akhir TM Piala Malaysia 2021, Romel Morales kini mendahului senarai penjaring terbanyak adalah antara kejayaan yang perlu dibanggakan oleh setiap individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan kelab ini.

Tahniah Kuala Lumpur City FC. Anda seharusnya menjadi contoh kepada majoriti kelab yang bertanding. Jika anda lakukan perkara yang betul, keputusan yang baik akan datang kepada anda. Sampai Mati Kuala Lumpur.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading