EPL

Eddie Howe pengurus baharu Newcastle United


Howe mengikat kontrak dua tahun setengah bersama Newcastle United.

NEWCASTLE United akhirnya menemui pengganti Steve Bruce apabila melantik Eddie Howe sebagai pengurus baharu kelab.

Bekas pengendali Bournemouth itu mengikat kontrak selama dua tahun setengah untuk bertugas di St James’ Park.

Howe,43, kembali bekerja selepas meninggalkan Bournemouth berikutan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris dua musim lalu.

“Satu penghargaan bergelar ketua jurulatih bersama kelab yang penuh dengan sejarah Newcastle United. Ia merupakan hari paling membanggakan bagi saya dan keluarga.

“Ini juga adalah peluang yang sangat menarik, tetapi banyak tugas yang perlu dilakukan dan saya bersedia untuk kembali kepada padang latihan memulakan kerja bersama pemain-pemain.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemilik-pemilik kelab di atas peluang ini, serta semua penyokong mengalu-alukan kedatangan saya,” jelasnya.

Sebelum ini, Newcastle United berminat untuk melantik Unai Emery, namun pengurus Villarreal itu menolak tawaran tersebut selepas Bruce dipecat pada 20 Oktober lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: