
Kapten Ipswich Town, Sam Morsy menjadi satu-satunya ketua pasukan yang tidak memakai lilitan lengan pelangi sebaliknya memakai lilitan standard EPL.
Kelab tersebut dalam satu kenyataan berkata, mereka menghormati pendirian
Morsy kerana kepercayaan agamanya sabagai seorang Muslim.
Namun pada waktu sama kelab itu
tetap menyokong kempen mempromosikan kesaksamaan dan toleransi.
“Kelab kami dengan bangga menyokong kempen pelangi EPL dan berdiri teguh bersama komuniti LGBTQ+ dalam mempromosikan kesaksamaan dan toleransi.
Pada masa yang sama, kami menghormati keputusan kapten kami, yang memilih untuk tidak memakai lilitan pelangi atas sebab kepercayaan agamanya.
“Kami percaya pada persekitaran di mana semua pihak dihormati dan dihargai di dalam dan luar padang, ” kata kelab itu.





Add Comment