EPL

Man United juara Piala Liga

Penyokong Liverpool ok ke pagi nie...

MANCHESTER UNITED merangkul gelaran kejuaraan Piala Liga (Caraboa Cup ) selepas menewaskan Newcastle United, 2-0 pada aksi final di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

United meraih trofi major pertama dalam tempoh enam tahun selepas tandukan Casemiro dan gol sendiri Sven Botman mengesahkan kemenangan 2-0 di Wembley.

Red Devils tidak pernah memenangi Liga Perdana Inggeris sejak musim terakhir Alex Ferguson pada tahun 2013 dan mereka hanya melihat seteru tetangga, Manchester City menjadi kuasa besar di England sepanjang tempoh itu.

United mendahului permainan pada minit ke-33 selepas sepakan percuma Luke Shaw ditanduk oleh Casemiro.

Skuad kendalian Erik Ten Hag memperoleh gol kedua pada minit ke-39 selepas hantaran Wout Weghorst menemui Marcus Rashford, dan sepakannya terkena Botman untuk menewaskan Loris Karius buat kali kedua.

Musim pertama Ten Hag sebagai pengendali United ternyata berjaya mengubah kelab Inggeris yang sedang bergelut itu sejak dia tiba dari Ajax tahun lalu.

Pengendali dari Belanda itu membawa United ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, dan kekal dalam pemburuan Piala FA serta Liga Europa musim ini.

“Trofi menunjukkan sesuatu, yang anda berada di landasan yang betul. Ia satu piala dan sekarang baru Februari, tetapi ia menunjukkan kami menuju ke arah yang betul.

“Kami perlu meneruskan rentak ini dan tidak mudah berpuas hati, kerana rasa puas akan menjelmakan rasa malas dan anda tidak akan memenangi sebarang trofi.

“Anda perlu meraikan saat ini. Ia bukan hari yang biasa. Kami memenangi trofi. Trofi ini membawa makna. Itu perasaan saya ketika ini.

“Ia akan membantu, ia akan membawa lebih keyakinan selagi kami tidak terbawa-bawa (dengan kejayaan ini).

“Kami mampu memberikan lebih lagi, menjadi lebih baik dan lebih berusaha. Jangan cepat berpuas hati,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: